Nurul Lailati

Hidup di dunia adalah jambatan menuju akhirat yang kekal selamanya

Berubah (iv)

Esok insya-ALLAH akan menjadi hari terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2011 di negeri-negeri Kumpulan B. Tadi waktu rehat Amal ajak saya makan roti canai kat Bukit Gambir. Masa nak keluar dari kereta, tiba-tiba dia cakap, "Alamak, kak kita tertinggal dompetlah." Saya pun tanya dengan air muka serius, "Eh, biar betul? Tak pe ke tak bawak lesen? Nanti kalau awak cakap awak orang Malaysia pun orang tak percaya tau sebab takde IC" sedangkan dalam hati saya nak tergelak pun ada. Teringat cerita-cerita lawak bodoh yang pernah saya lihat di tv sebelum ni tentang taktik orang nak minta dibelanja hehe. Tapi tak kisahlah sebab memang saya dah niat nak belanja dia. Lagipun selama ni tak pernah lagi keluar dengan dia di luar atau dalam waktu pejabat.

Sebelum pulang ke sekolah, saya sempat singgah di kedai beli barang dapur sikit. Mak berkursus di Melaka mulai semalam hingga esok. Maka, sayalah yang jadi orang dapur. Sampai di sekolah, sebelum masuk ke bilik guru, saya nampak kasut anak dara Pakcik Din dan Pakcik Jalil. Rasanya macam baru hari ni saya dapat beramah mesra dengan mereka macam dulu-dulu sebelum tragedi Aidiladha itu berlaku.

Saya akur bahawa semua orang boleh berubah. Masa berubah,orang pun berubah. Kawan boleh jadi lawan. Lawan boleh jadi kawan sebab hati manusia memang selalu berbolak-balik. Macam juga hati saya dan hati mereka. Apapun kita perlu muhasabah diri dari masa ke semasa agar kita sentiasa sedar di mana diri kita berada. Kita semua sama.

2 komentar:

hati besi berkata...

Nama kehidupan ini begitulah Laila...ibarat roda yg sentiasa berputar..Hanya bekalan cekal dan sabar yg perlu dibawa ditambah bekal iman sebagai penguat jiwa :) Salam ingatan bt Laila..

19 Disember 2011 7:51 PG  
Nurul Lailati berkata...

ya begitulah hidup di dunia ini.tapi apapun dunia adalah jambatan menuju akhirat..syukran atas ingatan:)

20 Disember 2011 12:29 PG