Baru-baru ni saya jadi guru pengiring ke Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Johor. Alhamdulillah walaupun anak didik saya hanya berjaya mendapat Naib Johan (acara tahfiz perempuan), saya fikir itu adalah suatu pencapaian yang agak membanggakan memandangkan dia tidak mendapat tempat pun pada tahun sebelumnya. Sebelas tahun lalu ketika saya seusia dengannya, saya mendapat Johan dalam acara tersebut. Yang membezakan hanyalah saya belajar di sebuah sekolah naungan kementerian manakala dia kini di sekolah persendirian+pentadbiran kerajaan negeri. Sepanjang saya melatihnya, saya sering teringatkan Ustazah Rubiah. Saya punya impian mahu mentarbiah anak-anak didik saya seperti yang ustazah lakukan terhadap saya suatu masa dahulu. Saya sayangkan mereka seperti adik-adik saya.
Ketika menghadiri kursus anjuran JAJ
Sepanjang saya berada di sini, selalu saya rasakan bahawa zaman remaja saya sedang berulang kembali dan saya bersyukur kerana berpeluang merasai semua ini di samping berkongsi pengalaman hidup bersama anak-anak didik saya tentang harga remaja yang begitu tinggi nilainya.
Jangan beri ‘tempoh lanjutan’ kepada pembangkang
56 min yang lalu


0 komentar:
Catat Ulasan