Saya berasa sungguh kasihan kepada pelajar-pelajar yang tiada kemahuan belajar. Pelajar-pelajar seperti ini memang tidak kisah langsung dengan hukuman. Kadang-kadang mereka yang mencadangkan hukuman apakah yang sesuai diberikan oleh guru seperti dirotan atau ketuk ketampi. Saya bukan guru yang kejam. Saya tidak suka menghukum pelajar sesuka hati saya walaupun saya mempunyai hak itu. Saya masih ingat kata-kata penceramah bahawa pelajar adalah harta Allah. Mereka kata mereka kasihan kepada saya yang mengajar sedangkan sebahagian pelajar lelaki tidur. Mereka tidak tahu bahawa saya lebih kasihan kepada diri mereka kerana mereka tidak tahu mengasihani diri mereka sendiri. Kerana mereka tidak tahu nilai ilmu. Kerana mereka tidak tahu bahawa menghormati guru adalah salah satu kunci keberkatan ilmu. Mereka bukannya budak-budak yang baru mengenal alam persekolahan, sebaliknya pelajar menengah atas.
Gambar rajah makhraj huruf. Budak-budak Tingkatan 1 belajar Tajwid+Pendidikan Seni
Anak-anak murid yang saya sayangi, saya tak suka nak denda-denda awak sedangkan awak anggap benda tu macam biasa je. Saya cuma nak awak ada kesedaran nak belajar. Saya nak awak sedar. Saya nak bagi latihan tapi terpulanglah kepada awak nak buat ke tak. Saya tak akan denda. Awak nak pandai ke tak nak, terpulanglah pada awak. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai seorang guru.
Raja Tonga dilapor meninggal dunia di Hong Kong
39 saat yang lalu


2 komentar:
Kesabaran guru mendidik sangat diperlukan untuk 'melayan' karenah pelajar sebegini.
8 Mac 2011 10:19 PTGya.sedang mencuba untuk terus bersabar..
9 Mac 2011 10:40 PGCatat Ulasan