Sedih rasanya bila ada pelajar kelas saya yang kata nak pindah ke kelas lain sebab tak mampu nak bawa madah hafazan padahal bukan banyak sangat pun. 1 juzuk je (juz 2). Ceh berlagak kau. Dulu masa kau masuk pertandingan pun kena hafaz Surah al-Baqarah ayat 1-80 je kalau tak silap. Mana pernah hafaz 1 juzuk. Pertandingan sekolah menengah pulak kena hafaz surah-surah penting. Sekolah rendah pun tak kena habiskan juz 30. Jadi mana yang kata senang tu?
Lepas saya sampaikan hadiah kepada pelajar yang dapat markah paling tinggi dalam ujian, saya bagi tasyji' lagi tentang belajar dan kelebihan berada di kelas tahfiz. Banyaklah jugak yang sempat saya "bebel"kan dalam masa lebih kurang 5 minit lebih sikit kot. Tiba-tiba alamak pehal pulak ni rasa sedih bila saya cakap, "Awak tak sedih ke nak tinggalkan kawan-kawan awak?" pastu saya yang macam nak nangis. Selalu habis kelas saya baca doa tapi tadi saya tak boleh kawal perasaan. Mata dah berkaca-kaca. Eceh sastera sikit. Macam tu la. Saya bagi salam masa tu suara dah jadi lain. Budak-budak pun tergamam. Sebenarnya dari hari tu lagi saya ada dengar desas-desus mengatakan ada di kalangan pelajar-pelajar saya (2C) yang nak keluar tahfiz. Yang peliknya semua perempuan. Yang lelaki susah nak ngafal pun tak pernah kata nak "keluar baris." Saya tahu diorang sayang kat saya. Yang paling sedih sebab yang paling berkeras nak keluar tu orang kepercayaan saya (Penolong Ketua Kelas) yang selalu mengaji di bilik tayang aspuri dengan saya selepas maghrib.
Keluar kelas, saya terus ke tandas menangis. Pastu gi bilik guru solat dhuha. Saya tak boleh nangis lebih-lebih ni. Takut batal puasa. Jap lagi saya nak masuk kelas diorang sekali lagi untuk madah al-Quran pulak. Ya ALLAH sabarkanlah hamba-MU dengan karenah anak-anak didiknya ini. amin...
Najib yakin BN rampas negeri-negeri bawah pembangkang
27 min yang lalu


0 komentar:
Catat Ulasan