Lapang
Alhamdulillah. Lega sikit hati saya hari ni bila dah dapat siapkan teks syarahan Bahasa Melayu untuk peringkat negeri yang dijadualkan akan berlangsung tak lama lagi. Hari ni barulah saya dapat masuk kelas dengan gembira dan senyum pada semua orang yang ditemui. Malam tadi kebetulan abah ada urusan kat Parit Raja, jadi abah singgah sekejap kat asrama. Saya sembang-sembang ngan abah dalam kereta je sebab kat luar asrama takde tempat nak lepak-lepak. Kalau kantin, jauh sangat pulak saya nak menapak. Segan pulak saya, tiba-tiba abah cakap dengan saya pasal jodoh hehe. Dia tanya apa perasaan saya yang sebenarnya pada anak angkat emak. Saya kata saya takde perasaan. Lepas tu dia cadangkan satu nama yang saya kenal orangnya, tapi setakat gitu-gitu aje. Kali ni saya hanya berusaha dengan doa. Abah kata abah pun akan doakan saya.
Hari ni mood saya baik. Saya ajar kelas 2C je untuk madah Hafazan dan Quran, pastu terus free. Lepas buat ujian tahriri tadi, saya ajak mintak diorang undi sape nak jadi penolong ketua kelas. Dah lama tak gelak-gelak dengan diorang. Sian diorang dah hilang penolong yang disayangi.
Sempat lagi saya pergi kantin 2x. Sekali makan ngan anak dara Pak Cik Din dan kawan-kawan lain. Sekali lagi saya temankan Kak Naz makan sambil saya semak teks yang saya buat, tengok betul ke tak. Patutnya kul 9.25 saya masuk kelas lagi ajar Quran tapi tak jadi sebab hari ni nurse dari Pusat Kesihatan Gersik datang nak suntik budak-budak f1 sampai f3 dengan pelalian HPV. HPV kan untuk cegah kanser serviks kan. Woh yang budak-budak lagi 10 tahun nak kawin korang suntik, aku ni yang tak berapa lama lagi (eheheh) tak nak bagi. Nak jugak..Saya pun saja ngecek ngan nurse tu tapi dia kata, "Akak pun tak dapat dik..akak ingat nak ngecek jugak ni kalau ada lebih.." Kalau kat klinik swasta, bayarannya agak mahal jugaklah dalam RM 300 lebih setiap satu dos (kena suntik 3 dos).
Tadi lepas bagi 'mak' baca teks syarahan yang saya buat dan dia kata OK je terus saya merayau cari bakal-bakal peserta syarahan. Budak-budak tu terkejut bila saya cakap teks tu saya yang buat. Agaknya selama ni ustazah tak pandai ke buat karangan ek? Jangan pandang rendah pada ustaz-ustaz dan ustazah Mesir tau. Kat sana macam-macam ada..Masa saya masuk kelas 3C, saya nampak Acap tengah duduk makan kat kerusi yang selalu budak-budak yang nak mintak saya tasmi' duduk kat situ. Dia tak perasan saya ada depan pintu. Saya tegur dia, "Acap, awak nak suruh saya duduk kat situ ke?" Pastu saya jumpa dengan pelajar yang saya nak bagi teks tu. Saya sembang-sembang ngan dia pasal 'adik angkat' dia (f1) yang saya ajar. Adik angkat dia ni memang saya berkenan sungguh. Kalau saya ni dah jadi mak orang dan ada anak dara, mesti saya dah pinangkan untuk anak saya. Tak kisahlah kalau terbalik pun perempuan pinang lelaki. Dahle hensem, tinggi, baik, bijak, berbudi bahasa dan yang paling penting pandai ngaji. Main badminton pun pandai. Kat sekolah ni, setakat yang saya semak bacaan al-Quran di kalangan pelajar-pelajar lelaki, bacaan dia yang paling bagus sekali. Banyak ulasan yang saya tulis 'Cemerlang' sebab memang bagus gile. Dia kata zaman sekolah rendah dan sekolah agama dulu memang dia selalu masuk pertandingan hafazan. Saya cerita-cerita kat budak 3C ni, tiba-tiba...
"Ni yang abang suka ni" pastu dia tutup mulut.
Saya tergelak. Dalam hati saya, ko ni dah biasa cakap camni ngan adik angkat ke makwe?
"Sori ustazah."
Budak-budak perempuan kat belakang dah senyum-senyum. Saya tak pasti diorang dengar ke tak.
Kerja dan cuti
Mini debat di makmal bahasa pada hari Ahad yang lalu
Petang ni kalau takde halangan, insya-ALLAH saya nak tengok budak-budak perempuan lawan bola tampar persahabatan dengan budak-budak lelaki. Saya baru sekali berpeluang tengok diorang main disebabkan kena siapkan teks syarahan ni. Tadi dapat kerja lain plak. Kena buat isi karangan untuk debat Bahasa Arab. Nanti cuti sekolah saya tak boleh rehat sangat sebab haritu terlupa pulak nak buat soalan ujian untuk Form 1 dan Jumaat malam Sabtu saya kena pergi SMAPR jadi guru pengiring untuk ihtifal sukan sekolah-sekolah menengah agama peringkat negeri. Plan nak beli hadiah jugak untuk budak-budak yang skor dalam ujian baru-baru ni. Malam patutnya saya buat kelas tambahan untuk budak-budak 5A yang baru nak bermesra-mesra dengan saya tapi tak jadi sebab ketua warden ajak beli hadiah dan ziarah bakal pengantin baru yang dipertemukan jodoh antara dua bilik guru hehe.
Selamat bercuti sekolah saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi singgah di blog saya. Kalau panjang umur dan murah rezeki, saya akan menulis lagi. Ilalliqa'^_^
Polis Johor kenal pasti dalang terlibat atur perlawanan bola
1 jam yang lalu


2 komentar:
Salam.. laila nampak gembira dengan kerja sekarang. Dan akk turut gembira =)
20 Mac 2011 5:21 PTGWslm.alhamdulillah stkt ni hepi kak:-)
20 Mac 2011 11:13 PTGCatat Ulasan