Sabtu lepas saya menghadiri kursus di sebuah sekolah menengah agama yang berada di daerah Muar. Banyak input yang saya perolehi. Insya-ALLAH jika tiada halangan, saya akan memuatkannya dalam entri akan datang. Belum selesai tugasan yang sedia ada, saya diminta oleh salah seorang guru senior di sini untuk menyediakan teks syarahan Bahasa Melayu bagi para peserta yang akan mewakili sekolah ini ke pertandingan ihtifal peringkat negeri. Saya tidak sampai hati hendak menolak permintaan guru ini memandangkan dia seperti ibu saya. Kami guru-guru junior memanggil beliau dengan pangkal mana 'Mak.'Tambahan pula, semua guru tahu akan bakat saya dalam bidang penulisan kerana semasa sesi memperkenalkan diri dalam mesyuarat akhir tahun lepas lagi mudir (Pengetua) telah memaklumkannya.
Antara segan, bimbang dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan sebegitu, saya menyanggupinya kerana saya fikir inilah salah satu sumbangan yang dapat saya berikan kepada sekolah yang sudi menerima saya sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Ujian bulanan fasa pertama telah saya laksanakan. Sekarang setiap petang selepas Asar saya akan mengajar mengaji kepada seorang pelajar yang tinggal di luar asrama. Bilangan pelajar yang ingin belajar al-Quran dengan saya selepas waktu maghrib juga kian bertambah. Kira-kira 2 minggu lalu, 'Mak' menghadiahkan saya wang yang agak lumayan buat mengkhatamkan al-Quran Allahyarhamah neneknya. Gaji saya di sini kecil. Setelah potongan KWSP, tidak sampai RM 1100. Setiap bulan saya hanya mengambil RM 800 ke bawah (bakinya disimpan untuk deposit pembelian kereta insya-ALLAH). Namun dengan wang yang saya ambil itu, saya masih boleh menampung keperluan hidup, melanggan polisi insurans, menyimpan di Tabung Haji, bersedekah dan sebagainya. Teringat kata-kata seorang kawan saya yang menjadi ustazah dan dalam masa yang sama mengambil upah mengajar mengaji, "Mungkin berkat mengajar al-Quran."
Alhamdulillah...
All England: Chong Wei, beregu campuran ke suku akhir
1 jam yang lalu


0 komentar:
Catat Ulasan