Nurul Lailati

Hidup di dunia adalah jambatan menuju akhirat yang kekal selamanya

Apa sebenarnya?

Saya sedari usia sudah semakin meningkat. Kawan-kawan sebaya ramai yang sudah berumahtangga. Kunci bilik guru pun bukan ada pada saya. Yang saya ada hanyalah kunci bilik di asrama. Saya tidak mampu menjawab bila saya akan berumahtangga. Bukan setakat keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan bertanya, bahkan anak-anak murid juga sudah mula membuka mulut menanyakan soalan-soalan peribadi. Saya tahu saya tidak boleh mengelak lagi. Mahu tidak mahu terpaksalah saya menjawabnya dengan berat hati.

Ketika saya masih di usia awal remaja dan baru mengenal cinta, memang selalu saya katakan kepada kawan-kawan, saya ingin menikah pada usia 25. Namun apabila saya menemui seorang lelaki sealiran (hafiz), maka sasaran itu berundur lebih awal. Saya menjangkakan akan beurmahtangga pada usia 21. Malangnya cinta itu tidak direstui oleh kedua-dua orang tua atas sebab-sebab tertentu. Selepas saya kehilangan seorang lelaki (telah saya ceritakan pada entri tentang penulisan), boleh dikatakan ramai juga lelaki yang saya kenali. Namun semuanya berakhir dengan tragedi, sama ada dari pihak saya atau mereka.

Beberapa minggu yang sudah, ketika keluarga hampir-hampir sahaja menjalankan majlis pertunangan saya, hati saya kembali membeku seperti dulu. Saya masih ragu-ragu. Hati saya belum tetap lagi. Hendak istikharah juga saya belum bersedia. Saya bimbang jika saya menolak cintanya, tiada lagi lelaki akan menerima saya seadanya. Tetapi dalam masa yang sama, sebenarnya saya masih mengharap akan muncul lelaki idaman saya seperti yang pernah saya temui sewaktu zaman remaja (hafiz).

Jujurnya, saya tidak mampu menjawab soalan seperti bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman saya kerana ciri-ciri itu selalu sahaja berubah mengikut usia dan masa. Semasa masih kanak-kanak, saya meminati lelaki berwajah ala cina (chinese look). Ketika remaja saya meminati lelaki berkulit gelap dan ala india. Di Mesir pula saya mudah berkenan dengan lelaki lebih muda, berkulit cerah, berwajah ala Arab dan bertutur dalam dialek utara. Bila pulang ke Malaysia, saya lihat semua lelaki ada tarikannya yang tersendiri. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Apapun yang pasti, saya akui saya lebih mementingkan rupa dan kebijaksanaan dari harta dan kedudukan.

Saya faham, tidak semua yang kita impikan akan menjadi nyata. Dan saya hanya mampu berusaha dengan berdoa dan berserah untuk segalanya. Lepas ni jangan tanya lagi ya:)

3 komentar:

Dhiaul Iman berkata...

korbankankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu

25 Mac 2011 10:46 PG  

istikharah lah..ialah satu-satunya kunci yg terbaik, jgn tkt x mncntai sseorg sblm khwin krana gerbang prcntaan adalah brmula slps ijab dan kabul~

1 April 2011 4:26 PTG  

haha... rs lawak plk entri ni.

jgn macam tu laila...istikharah dan istisyarah perlu, mn tau dia yg ditakdirkan utk laila.

5 April 2011 4:23 PTG